Monday 20 June 2011

pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan

PENGENALAN
      
 Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.
      Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam esei ini, matlamat saya bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.
        Saya berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus  yang tinggi malah kaum melayu  beragama islam.

 


PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI


[1]Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah keluarga.

[2]Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".


[1] www.punca pembuangan bayi.com
[2] www.berilah aku peluang untuk hidup.com

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Melalui empat kategori iaitu:
·         Daripada Ibu Bapa
·         Daripada rakan sebaya
·         Daripada laman sesawang
·         Daripada diri Sendiri

Daripada Ibu Bapa

[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal  disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.

Daripada Rakan Sebaya

Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA  mahupun IPTS. Mereka  secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini  mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja  mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga  melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.


Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana  apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media



elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng mereka dan  membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar  nikah.  

Daripada Diri Sendiri

Masyakat kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertinmana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu. Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anaknya.
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 179:
Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai ” .
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Melalui tiga peranan iaitu:
·         Peranan pihak berkuasa dan badan NGO
·         Peranan ibu bapa
·         Peranan pihak media massa


Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO

       Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.

Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.

Peranan Pihak Media Massa

Peranan pihak media massa adalah memberikan  pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang  seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja  dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI


Mempunyai tiga kesan:
·         Kesan terhadap bayi
·         Kesan terhadap ibu yang melahirkan
·         Kesan terhadap keluarga perempuan
·         Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.

Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri  dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.


Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

PENUTUP



Kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan  Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih muda iaitu usia remaja.

 
 

No comments:

Post a Comment